Friday, 17 April 2015

MOTIVASI DIRI


  • Usah pandang rendah kepada orang lain. hargai semua manusia dan kita perlu letakkan dalam minda manusia itu mulia termasuk diri kita.
  • Islam suka kepada orang yang bagus dalam pekerjaanya, bertanggungjawab, dan pada masa yang sama mempunyai jiwa hamba.
  • Cuba buatkan beliau rasa penting, rasa mustahak, rasa hormati, dan minta pendapat beliau.
  • Bagi mengetahui sama ada orang itu berkualiti ataupun tidak, kita lihat kawannya.
  • Orang melayan kita sebagaimana kita melayan diri kita, sekiranya kita tidak menghargai diri kita, orang juga tidak menghargai diri kita.
  • Perkara yang perlu kita utamakan juga adalah agamanya, kerana sesiapa yang memilih agama, dia akan selamat.
  • Orang yang stress adalah orang yang cuba hidup nampak baik pada mata orang, dan bukan pada mata Allah.
  • Sekiranya kita mahu kaya, tinggikan nilai diri kita. apabila nilai diri kita tinggi, kita buat kerja dengan baik, pulanganya juga baik.

TIP PELAJAR CEMERLANG MENGIKUT CARA ISLAM .




Amalan harian pelajar .
Seorang pelajar muslim itu hatinya hendaklah sentiasa bergantung kepada ALLAH S.W.T kerana sebagai insan yang lemah kita bergantung sepenuhnya kepada Qadha' dan qadar yang ALLAH S.W.T tentukan .

Memperbetulkan niat .
*Niat belajar kerana Allah S.W.T semata-mata dan bukan kerana lain .
*Menuntut ilmu sebagai pengabadian diri kepada ALLAH S.W.T dan mengeluarkan diri daripada belenggu kejahilan dan taqlid .
*Menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki .
*Menuntut ilmu dengan niat berbakti pada umat Islam dan tidak dipengaruhi oleh rasa perkaumam yang sempit.
*Menuntut ilmu bagi mengangkat martabat Islam . Umat Islam hendaklah kembali menjadi peneraju ilmu pengetahuan .
*Membahagiakan ibubapa yang banyak berkorban dan berjasa pada kita. Kejayaan seorang anak merupakan hadiah paling berharga pada mereka .

Tinggalkan maksiat.
Ilmu merupakan cahaya yang menjadi petunjuk serta membezakan antara hak dan batil.Maksiat pula adalah kekotoran . Oleh itu , ilmu tak boleh dicampur dengan maksiat .
Suatu ketika , Imam al-Syafie mengadu kepada gurunya Waqi' kerana beliau menhadapi masalah belajar dan menghafal . Maka gurunya berpesan ,

"Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya . Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat"

Baca AL-QURAN .
Seorang penuntut ilmu perlu ada jiwa yang tenang bagi memudahkannya menuntut ilmu.

Memperbanyakkan selawat.
Seorang pelajar hendaklah menjadikan selawat itu sebagai amalan rutin hariannya. Sedangkan Allah SWT berselawat ke atas nabi-Nya apatah lagi kita umat Nabi SAW yang mengharapkan syafaat baginda.

Baca Doa sebelum dan selepas belajar.
Kelebihan pelajar Muslim berbanding pelajar bukan Muslim adalah doa .

#Belajar dengan teknik yang betul , jadual waktu ynag sistematik , formula yang sistematik , kalendar peperiksaan , menjaga pemakanan dan jaga pergaulan serta percakapan ,
Amalan mingguan Pelajar .
Amalan membaca yassin.
Membaca yassin pada malam jumaat .

Mendirikan solat hajat.
Masa yang paling mudah dan selesa mendirikan solat hajat adalah selepas solat Maghrib . Namun waktu yang paling afdal adalah pada waktu tengah malam atau semasa bangun qiamulail .

Ketika hampir peperiksaan .
Mohon ketenangan , memperbanyakkan selawat dan membaca yassin , lakukan solat taubat dan solat hajat , jaga kesihatan , Mohon doa ayah dan ibu serta restu guru .
Ke Dewan Peperiksaan .
Bersiap lebih awal , mengambil sarapan secara sederhana , baca yassin sebelum ke dewan .( apabila sampai pada ayat "Mubin" berhenti sekejap dan berdoa pada Allah . Ayat 12,17,24,,47,60,69,77.)
Mohonlah hajat yang sesuai dengan peperiksaan sebentar lagi ,
*mohon pertolongan & bantuan Allah S.W,T dlm menjawab soalan .
Semasa peperiksaan.
*Masuk awal ke dewan
*Baca doa sebelum menjawab
*Berikan tumpuan dan jangan lemah semangat
*Pasrah
Selepas peperiksaan.
Terimalah apa saja ketentuan takdir daripada ALLAH SWT dan yakinlah semua takdir ALLAH SWT ada hikmah yang tersembunyi .

"........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; dan ingatlah Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahuinya .
                           
                                                                                 (Surah al-Baqarah ayat 216)



 7 Langkah Mudah Menjaga Kesihatan Diri


1. Lakukan pemeriksaan kesihatan bulanan dengan pakar.
= Percayakah anda, kekerapan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan antara 2-3 kali sepanjang hayat. Malah ia dilakukan atas tuntutan pendidikan dan kejayaan, bukannya kesedaran sendiri.
= Sedangkan pemeriksaan kesihatan seharusnya 4 tahun sekali, ini kerana luaran diri anda tidak akan mencerminkan kesihatan anda. Disamping itu,ia juga bertujuan untuk mengelakkan dari penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, kencing manis dan penyakit kanser dapat dicegah pada peringkat awal.
2. Minum 8 gelas air masak sehari.
= Tahukah kamu membuang air kecil 6-7 kali sehari adalah normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya. Pundi kencing kamu berfungsi sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350-550 militer air.
= Info bagi individu yang kerap bangun malam untuk membuang air kecil adalah tidak normal. Jika kamu kerap membuang air kecil pada waktu siang ia akan membantu untuk menyingkirkan sisa toksin dari badan secara semulajadi.
=Jika kamu minum 5 gelas air kosong sehari ia akan mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%, 79% bagi kanser payudara dan 50% kanser pundi kencing.
Nota: Mengantuk selepas makan tengah hari adalah tanda badan kita kekurangan air.
= Senaman bukan sahaja menyihatkan ia juga memberi tenaga dan memberi kesegaran pada tubuh. Untuk wanita yang inginkan tubuh badan yang ideal anda boleh mengamalkan senaman 5 kali seminggu.
= Senaman juga baik untuk jantung dan menguatkan tulang, Mesti ada yang merasa mengapa perlu bersenam ? Bersenam membantu menurunkan berat badan dan melancarkan aliran darah, tetapi ia amat penting buat penghidap diabetes kerana mampu meningkatkan kadar penyerapan insulin dan mengawal paras gula
= Hadkan pengambilan lemak tepu iaitu kurang daripada 10% jumlah pengambilan kalori harian. Ini akan membantu badan anda sihat tanpa kolestrol dan lemak. Jika badan anda mengalami kolestrol yang berlebihan ia akan mengakibatkan obesiti atau masalah jantung.
= Hadkan penggunaan minyak dan lemak seperti minyak kelapa, santan di dalam masakan anda. Jika ingin gunakan santan anda boleh tukar kepada susu rendah lemak.
= Ingat, pastikan anda buang dahulu lemak ayam dan daging. Pastikan juga kulit ayam itu di buang. Ini penting untuk anda bagi mengelakkan pengambilan lemak berlebihan dalam badan. Jika hari ini anda tidak ubah maka tidak akan ada perubahan pada hari esok.
= Melanin merupakan pigmen semulajadi dalam kulit yang boleh menyerap sinar ultraungu (UV) dan menjadikan kulit akan berubah warna. Ia membantu melindungi dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Kebanyakkan manusia mempunyai pigmen yang sedikit.
= Tahukah anda risiko yang akan anda hadapi jika tidak melindungi kulit dari sinaran matahari antaranya:
• Penuaan pra-matang- kekedutan, kulit menjadi kasar dan wujudnya tompok-tompok kesan pancaran matahari pada kulit.
• Kanser kulit- boleh berlaku jika terlalu banyak pendedahan kepada matahari.
= Untuk makluman anda, kanser kulit tidak datang dan pergi seperti penyakit-penyakit lain. Ia akan kekal dan terus tumbuh membesar. Jangan menungu sehingga kanser tersebut menjadi teruk dan ia akan kekal dan terus membesar. “Pencegahan lebih baik dari rawatan”
= Agak sukar untuk wanita yang berkerjaya menyediakan makanan yang ‘betul’ untuk menjaga kesihatan sendiri dan keluarga, apatah lagi menepati jadual pemakanan yang sepatutnya. Namun kita, harus menitikberatkan kesihatan di kemudian hari dengan itu anda perlu berusaha mengamalkan diet yang betul
= Anda boleh mengamalkan permakanan buah-buahan dan jus untuk mencernakan sistem perut anda dan secara tidak langsung ia akan memberi khasiat buat tubuh anda. Buah- buahan kaya dengan khasiat untuk menyahkan bakteria di dalam badan.
= Adakah anda mahu sihat untuk jangka masa panjang? Jika ya, berhentilah merokok kerana risikonya sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar. Kesannya juga hampir menjejaskan tahap kesihatan setiap organ dan tisu badan.
= Tahukah anda apa faedahnya, jika anda berhenti merokok ?. Pasti jika anda berhenti merokok anda akan di hindarkan dari menghidapi penyakit yang berkaitan dengan perokok. Ini adalah kerana satu dari dua perokok akan mati lebih awal di sebabkan penyakit berkaitan tabiat ini. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
= Mengelakkan diri dari bahan-bahan berbahaya kerana asap rokok mengandungi hampir 4,ooo bahan kimia dan 50 daripadanya yang boleh menyebabkan kanser. Jika anda hendak maklumat terperinci bahaya merokok anda boleh rujuk artikel dari kami sebelum ini.

Kami sentiasa memberi kepada anda maklumat berkaitan dengan kesihatan di sini. Teruskan menyokong kami dengan berkongsi artikel ini kepada rakan anda hari ini juga.

 Motivasi Diri




  • Apabila kita mudah mendapat sesuatu perkara, kita juga mudah untuk tidak menghagainya.
  • Orang gagal sentiasa mencari alasan dan salah orang lain bagi menjustifikasikan apa yang mereka  tidak capai.
  • Elakkan daripada menyalahkan tanggapan orang. sibukkan diri dengan perbetulkan diri sendiri.
  • Orang berjaya tidak melihat setiap perkara itu sebagai berjaya ataupun gagal, tetapi mereka melihatnya sebagai feedback mechanism.
  • Berharap dan bergantunglah hanya pada Allah, bukan pada manusia.
  • Apabila kita sibuk perbetulkan diri sendiri, kita tidak nampak kesalahan orang lain.
  • Hormati pandangan orang lain kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.
  • Gunakan kuasa memilih bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
  • Setiap kali berlaku benda negatif, usah salahkan orang lain, tetapi lihat diri sendiri.
  • Apabila kita berlapang dada, masalah menjadi kecil. sempit dada, masalah menjadi besar.


Thursday, 16 April 2015

MOTIVASI MENJADI USAHAWAN BERJAYA



Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan inspirasi dan semangat kepada mereka yang ingin memceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Seseorang usahawan yang berjaya mempunyai semangat yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa. Golongan ini mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk mereka memberanikan diri mereka dalam bidang keusahawanan yang mereka ceburi.
Kejayaan seorang usahawan tidak datang dengan mudah, tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh demi memperoleh kejayaan yang diinginkan. Oleh itu, motivasi dari pelbagai aspek amatlah penting kepada seseorang usahawan dalam kehidupan mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan baik.
Semua individu dalam dunia tanpa mengira umur dan bangsa memerlukan motivasi diri yang mantap sebagai pedoman dan sumber kekuatan kepada mereka untuk menjalani kehidupan ini dengan baik dan sempurna. Seseorang yang hidup tanpa motivasi diri akan berasa hidupnya tidak bermakna dan menjalani kehidupannya dengan tidak berdaya tanpa tujuan dan matlamat hidup yang tetap.
 Oleh itu, motivasi amatlah penting kepada semua individu terutamanya kepada mereka yang ingin menjadi usahawan dalam bidang perniagaan yang dikecapinya kerana motivasi bertindak sebagai pembakar semangat untuk berjaya dengan cemerlangnya.





        i.            Kekalkan motivasi diri.

Kebiasaanya, kita akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Kita akan rasa motivasi itu sangat penting untuk setiap individu. Tetapi lama-kelamaan motivasi diri ini akan beransur hilang dalam diri seseorang individu jika kita tidak mengekalkan motivasi diri yang sedia ada. Oleh itu, kita perlulah kekalkan momentum dan usaha yang sedang berkobar-kobar itu,jika kita sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu,jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum kita akan berkurang. Motivasi diri kita juga akan bekurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum kita terus kekal dan tidak berkurangan.
Selain itu, seorang usahawan itu perlu mempunyai motivasi diri sebagai pendorong dan membangkit semangat yang sedia ada iaitu melalui kata-kata motivasi seperti yang selalu kita dengari seperti “kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka”,dan” kesulitan itu membuat kita lebih kuat” serta banyak lagi kata-kata motivasi yang boleh diambil melalui ceramah atau seminar motivasi keusahawanan dan sebagainya.









             Sentiasa Berfikir Ke Hadapan

Jika kita lihat, dalam mana-mana ceramah motivasi atau seminar keusahawanan, sentiasa berfikiran ke hadapan merupakan antara aspek yang sering ditekankan oleh para penceramah. Tidak bermakna kita tidak boleh memandang ke belakang, tetapi jadikanlah segala pengalaman lampau sebagai satu pengajaran dan semangat untuk kita terus maju ke hadapan. Berbagai-bagai risiko yang ada dalam perniagaan. Untung dan rugi juga sudah menjadi mainan bagi para perniaga.
Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap para usahawan ataupun para peniaga kecil mahupun besar perlulah sentiasa berfikiran kehadapan. Seseorang usahawan itu perlu untuk memikirkan tentang kesan-kesan yang mungkin akan timbul,risiko yang bakal dihadapi, serta jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah yang dijangka atau tidak dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk berangan-angan dalam perniagaan. Para peniaga atau usahawan yang berfikiran kehadapan sememangnya mempunyai banyak idea dan perancanga yang hebat. Inilah antara contoh kreativiti dalam perniagaan.
Dengan berbekalkan idea-idea yang hebat ,mereka begitu kreatif menjalankan perniagaan sekaligus sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Seperkara lagi, usahawan yang berfikiran ke hadapan tidak akan menghadkan fikiran mereka untuk mencari satu sahaja jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.mereka memikirkan lebih daripada satu jalan penyelesaian agar mereka mempunyai banyak pilihan idea untuk menamatkan segala permasalahan yang membelenggu perniagaan anda. Apabila mereka sudah mempunyai beberapa pilihan penyelesaian, mereka akan memilih jalan yang terbaik yang mampu untuk mereka lakukan.

    iii.            Mencontohi usahawan yang berjaya
Seseorang usahawan kecil atau peniaga kecil yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan perlu memotivasikan diri dengan mencontohi usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi. Di Malaysia, ramai tokoh usahawan yang boleh diteladani iaitu antaranya Dato’ Haji Ramly Mokni, beliau  merupakan seorang usahawan yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang keusahawanan. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapura juga.
Kejayaan yang dikecapi sekarang bukanlah diperoleh dengan mudah,tetapi banyak cabaran dan halangan yang dihadapi oleh beliau dalam usaha memajukan perniagaannya itu. Antara faktor utama kejayaan ialah beliau mempunyai semangat keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi dan percaya bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupanya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya( Taidin Suhaimin).,Ramly Mokni terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha mengembangkan perniagaanya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger.
Selain itu, beliau juga mempunyai pemikiran yang berdaya kreatif dan berpandangan jauh. Kreativiti ialah original,berkaitan produk yang bermanfaat atau prosedur menghasikan idea baru,(Oldham dan Cumming). Beliau mendapat idea untuk menghasilkan daging burger sendiri yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat islam di Negara ini Seterusnya, beliau tidak pernah berputus asa dalam memajukan perniagaanya walaupun beliau pernah diperlekehkan oleh masyarakat.

Sokongan keluarga juga merupakan faktor beliau menjadi usahawan terkenal seperti sekarang ini. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran. Bisnes tidak akan bertahan lama apabila tidak berlandaskan kejujuran kerana kejujuran kunci keberhasilan suatu bisnes,(Prof.Dr.H.Yuhda Bhakti A.,SH.,MH)  Setiap manusia mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya bergantung kepada bagaimana seseorang itu menonjolkan kelebihan yang ada pada dirinya.
 Hasil kegigihan Ramly Mokni yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik. Beliau layak menerima anugerah itu atas apa yang telah dilakukan olehnya. Kejayaanya ini patut dicontohi oleh usahawan-usahawan lain untuk berjaya dalam bidang yang dikecapi. Ramai lagi tokoh-tokoh usahawan yang boleh dijadikan contoh kepada usahawan baru.
Selain itu, kata-kata seorang usahawan yang telah berjaya dan boleh menjadi pedoman serta menaikkan motivasi kita di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Dengan faktor kenaikan barang, minyak dan bermacam lagi kenaikan yang kita rasai, namun kehidupan dengan kemewahan perlu dikecapi dengan pelbagai strategik masing-masing.
Kita perlu duduk dan bersembang dengan mereka yang sentiasa berfikiran positif dan mencari peluang yang ada di dalam mengejar impian dan matlmat untuk berjaya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa mencontohi tokoh usahawan yang telah berjaya akan meningkatkan semangat dan memotivasikan diri untuk mencuba sedaya upaya demi memperoleh kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Selain itu, kisah kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary boleh juga dijadikan motivasi untuk menjadi usahawan yang berjaya. Beliau seorang usahawan yang berjaya dengan cemerlangnya dalam bidang perniagaanya iaitu menjual lembu dan kerbau. Disebabkan keadaaan keluarganya yang kurang berkemampuan. Beliau membantu ibunya menanam sayau-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Beliau juga menjual roti canai di pasar.
Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu. Beliau turut menggembala haiwan peliharaan bapanya iaitu lembu dan kerbau. Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Faktor keadaan keluarga beliau yang susah juga menjadi penyumbang kepada kejayaan yang dikecapinya pada hari ini kerana untuk membantu keadaan keluarganya supaya menjadi lebih baik. Beliau patut dicontohi oleh usahawan lain dan sebagai motivasi diri untuk terus berusaha tanpa berputus asa.
                                                                               
    iv.            Motivasi dan sokongan dari keluarga
Semua individu memerlukan sokongan dan motivasi dari pihak keluarga dalam menjalani kehidupan yang penuh liku-liku dan cabaran. Begitulah juga bagi seseorang usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Motivasi dari pihak ahli keluarga amatlah penting dalam memberikan semangat dan memupuk keyakinan diri dalam diri seseorang usahawan.
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan motivasi kepada ahli keluarganya yang ingin menceburkan diri dalam bidang peniagaaan dan keusahawanan. Keluarga yang tidak memberikan sokongan akan melemahkan dan menjatuhkan semangat seseorang itu terutamanya apabila orang yang dekat dengan dia langsung tidak memberikan sokongan atas minat yang ingin diceburi.
Dengan ini, seseorang itu akan berasa rendah diri,tidak bersemangat dan terus berputus asa tanpa berfikir panjang diatas keputusan yang dilakukan. Namun, bagi keluarga yang memberikan sokongan dan motivasi kepada ahli keluarga mereka yang ingin memceburkan diri dalam bidang keusahawanan akan memberikan semangat kepada seseorang itu.
Secara tidak langsung, seseorang ini merasa bersemangat untuk terus menceburkan diri dalam keusahawanan dan sebagai motivasi diri untuk seseorang itu mengharungi pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi dalam usaha mencapai kejayaan. Hal ini kerana,keluarganya sebagai motivasi kepada seseorang itu kerana sentiasa ada disaat bangun dan jatuh sesebuah perniagaan yang dijalankan.
Jelas sekali menunjukkan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam memberikan motivasi kepada seseorang usahawan dalam menempuh halangan dan cabaran dalam menjalankan perniagaan.

      v.            Menyedari potensi diri
Dalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun, kita perlu sedar bahawa diri kita mempunyai potensi untuk mencapai matlamat yang diingini. Keyakinan diri yang tinggi amatlah penting dalam diri seseorang individu itu untuk mencapai apa yang dimatlamatkan terutamanya kepada seseorang usahawan. Usahawan yang berjaya mempunyai semangat keyakinan diri yang tinggi dan besar tanpa mengenal erti putus asa dalam mengharungi liku-liku halangan dan cabaran dalam perniagaan yang dikecapi.
Selain itu, seorang usahawan tidak seharusnya membandingkan diri dengan orang lain. Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari orang lain yang telah berjaya. Kejayaan seseorang tidak datang secara bergolek tetapi memerlukan pengorbanan yang cukup besar sehinggalah seseorang itu berjaya dengan cemerlang dalam bidang peniagaan itu.
Seterusnya, seorang usahawan perlulah selalu mendengar motivasi dari orang yang telah berjaya dan cuba untuk bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif. Oleh itu, usahawan perlulah melibatkan diri dalam aktiviti yang betul-betul diminati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan kita akan merasakan diri kita bernilai dan berharga. Menjadi diri anda sendiri.
Yakinlah dengan potensi diri sendiri kerana hidup kita bukan ditentukan oleh orang lain. Kita tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan kita sendiri yang menentukan jalan hidup yang kita mahukan. Seorang usahawan tidak perlu takut dengan kegagalan jika diri sendiri telah melakukan yang terbaik, walau apa sahaja yang berlaku,kita tidak perlu berasa menyesal kerana kita sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri kita sendiri.

    vi.            Berfikiran positif untuk meraih kejayaaan
Seorang usahawan tidak takut pada kegagalan kerana dalam fikiran mereka sudah ditanam perkataan 100% positif, iaitu mereka sentiasa berfikiran positif untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi-strategi perniagaan baru. 100% keyakinan diri sememangnya perlu ada untuk berjaya.
Sebenarnya, tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang ada dalam minda adalah apa yang kita jangkakan. Apa yang kita jangkakan pula adalah apa yang bakal kita peroleh. Alat utama untuk mencipta imej baru dan merealisasikannya ialah menerusi proses
Yang dikenali sebagai membentuk semula. Ia membabitkan perubahan cara kita yang selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta menghindarinya daripada pengalaman negative dan kegagalan. Cara ini boleh membawa kita maju dalam kehidupan dan bidang kerjaya yang dilaksanakan terutamanya usahawan. Sesunggunya orang yang enggan mengubah minda adalah orang yang degil.
Jika kita ingin berjaya dalam perniagaan, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utuk belajar daripada orang yang Berjaya sebeum kita. Tidak cukup semata-mata kita belajar daripada kesilapan sendiri daja. Dengan cara ini, kejayaan kita akan tercapai dengan lebih lanca dan mudah.


  vii.            Pengurusan masa
Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun, setiap individu atau usahawan terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata “ tidak ada masa”. Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan. Dengan ini pengurusan masa hendaklah diambil kira dalam kehidupan seharian.
Usahawan yang berjaya merupakan mereka yang bijak dalam menguruskan masa dengan sistematik dan sempurna. Mereka tidak membuang masa yang ada melainkan mengurus setiap masa yang ada dengan sebaik mungkin dan melakukan sesuatu perkerjaaan itu dengan baik dan sempurna. Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik.
 Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila dilakuka pada waktu petang akan menjadikan kita malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Jangan menbazir masa kerana masa tidak boleh diundur.







Motivasi berfesyen mengikut Islam




·    Setiap kali kita berpakaian, kita mempunyai dua pilihan, mahu memilih syurga ataupun neraka.
·         Orang yang memerlukan perhatian, sebenarnya tidak mendapat perhatian.
·         Jangan sibuk membeli barang kemas, tetapi perkemaskan diri.
·         Orang yang yakin pada dirinya sendiri, akan sentiasa nampak cantik.
·        Sekiranya kita terlampau berlebih-lebihan dalam berhias, sebenarnya ada benda yang kita mahu sembunyikan.
·         Apabila kita nampak orang yang tidak elok, kita doakan mereka.
·      Lagi lama gambar nampak aurat ada dalam facebook, lagi banyak dosa dicatat dalam buku amalan kita.-UIA
·         Ramai mana pun yang follow kita, dalam kubur kita tetap keseorangan.-UIA
·   Pintu hati belum terbuka untuk menutup aurat? Jangan risau. Pintu neraka menunggu kamu.-UIA
·      Wanita yang tidak menutup aurat itu sebenarnya tidak yakin dengan kecantikan yang Allah berikan, padahal Allah cipta semua wanita dengan suatu daya tarikan. Sama ada tutup atau tidak aurat, lelaki tetap suka juga.-UIA

           MOTIVASI BELAJAR

  1. Susun  skrip hidup supaya kita nampak matlamat hidup kita dengan jelas.
  2. Allah memberikan kekuatan yang berbeza-beza kepada setiap orang, supaya dunia ini dapat berpusing dengan baik.
  3. Preview adalah aktiviti mengkaji dan membaca sesuatu subjek sebelum kuliah bermula.
  4. Kita menjadi mudah lupa, sekiranya kita tidak membaca dalam tempoh 24 jam.
  5. Orang yang tidak berlajar berdiri semasa muda, selalunya tidak boleh duduk semasa tua.
  6. Kita hanya akan dibayar berdasarkan nilai yang diberi.
  7. Kita tidak menguruskan masa, tetapi kita menguruskan aktiviti.
  8. Kita mendapat benda yang sama, dengan hasil yang sama, sekiranya kita bekerja dengan cara dan minda yang sama.
  9. Semua orang berhak bahagia, dan kaya. Saya istilahkan sebagai happy, healthy, wealthy, and wise, iaitu bahagia, sihat, kaya dan bijaksana.
  10. Orang yang hebat tidak membenarkan persekitaran mengubahnya.
  11. Apabila emosi kita stabil, kita mudah fokus pada pelajaran dan kerja kita.