Wednesday, 15 April 2015

Motivasi Diri



  • Kalau kita inginkan kecemerlangan, kita mesti sanggup bertembung dengan banyak halangan. Halangan terbesar adalah minda kita sendiri yang hanya sukakan sesuatu yang selesa dan mudah.
  • Ilmu itu dimiliki dengan lidah yang banyak bertanya dan akal yang gemar berfikir.- Abdullah Ibnu Abbas.

  • Biarpun beribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam.-Hamka

  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Usah direnung letihnya berusaha, tapi renunglah manisnya kejayaan.
  • Pelajari sesuatu dari hidup anda.
  • Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
  • Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu, dibalas dengan buah.
  • Untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat, anda perlu berani untuk berubah.- Irfan Khairi.
  • Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis dan mengubah kerugian menjadi keuntungan.

No comments:

Post a Comment