7 Langkah Mudah Menjaga Kesihatan Diri
1.
Lakukan pemeriksaan kesihatan bulanan dengan pakar.
= Percayakah anda, kekerapan
rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan antara 2-3 kali sepanjang
hayat. Malah ia dilakukan atas tuntutan pendidikan dan kejayaan, bukannya
kesedaran sendiri.
= Sedangkan pemeriksaan
kesihatan seharusnya 4 tahun sekali, ini kerana luaran diri anda tidak akan
mencerminkan kesihatan anda. Disamping itu,ia juga bertujuan untuk mengelakkan
dari penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, kencing manis dan
penyakit kanser dapat dicegah pada peringkat awal.
2. Minum
8 gelas air masak sehari.
= Tahukah kamu membuang
air kecil 6-7 kali sehari adalah normal bagi individu sihat yang minum air
secukupnya. Pundi kencing kamu berfungsi sebagai tempat menyimpan air kencing
dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350-550 militer air.
= Info bagi individu yang
kerap bangun malam untuk membuang air kecil adalah tidak normal. Jika kamu
kerap membuang air kecil pada waktu siang ia akan membantu untuk menyingkirkan
sisa toksin dari badan secara semulajadi.
=Jika kamu minum 5 gelas
air kosong sehari ia akan mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%, 79%
bagi kanser payudara dan 50% kanser pundi kencing.
Nota:
Mengantuk selepas makan tengah hari adalah tanda badan kita kekurangan air.
= Senaman bukan sahaja
menyihatkan ia juga memberi tenaga dan memberi kesegaran pada tubuh. Untuk
wanita yang inginkan tubuh badan yang ideal anda boleh mengamalkan senaman 5
kali seminggu.
= Senaman juga baik untuk
jantung dan menguatkan tulang, Mesti ada yang merasa mengapa perlu bersenam ?
Bersenam membantu menurunkan berat badan dan melancarkan aliran darah, tetapi
ia amat penting buat penghidap diabetes kerana mampu meningkatkan kadar
penyerapan insulin dan mengawal paras gula
= Hadkan pengambilan lemak
tepu iaitu kurang daripada 10% jumlah pengambilan kalori harian. Ini akan
membantu badan anda sihat tanpa kolestrol dan lemak. Jika badan anda mengalami
kolestrol yang berlebihan ia akan mengakibatkan obesiti atau masalah jantung.
= Hadkan penggunaan minyak
dan lemak seperti minyak kelapa, santan di dalam masakan anda. Jika ingin
gunakan santan anda boleh tukar kepada susu rendah lemak.
= Ingat, pastikan anda
buang dahulu lemak ayam dan daging. Pastikan juga kulit ayam itu di buang. Ini
penting untuk anda bagi mengelakkan pengambilan lemak berlebihan dalam badan.
Jika hari ini anda tidak ubah maka tidak akan ada perubahan pada hari esok.
= Melanin merupakan pigmen
semulajadi dalam kulit yang boleh menyerap sinar ultraungu (UV) dan menjadikan
kulit akan berubah warna. Ia membantu melindungi dari sinaran UV yang boleh
merosakkan kulit. Kebanyakkan manusia mempunyai pigmen yang sedikit.
= Tahukah anda risiko yang
akan anda hadapi jika tidak melindungi kulit dari sinaran matahari antaranya:
• Penuaan pra-matang-
kekedutan, kulit menjadi kasar dan wujudnya tompok-tompok kesan pancaran
matahari pada kulit.
• Kanser kulit- boleh
berlaku jika terlalu banyak pendedahan kepada matahari.
= Untuk makluman anda,
kanser kulit tidak datang dan pergi seperti penyakit-penyakit lain. Ia akan
kekal dan terus tumbuh membesar. Jangan menungu sehingga kanser tersebut
menjadi teruk dan ia akan kekal dan terus membesar. “Pencegahan lebih baik dari
rawatan”
= Agak sukar untuk wanita
yang berkerjaya menyediakan makanan yang ‘betul’ untuk menjaga kesihatan
sendiri dan keluarga, apatah lagi menepati jadual pemakanan yang sepatutnya.
Namun kita, harus menitikberatkan kesihatan di kemudian hari dengan itu anda
perlu berusaha mengamalkan diet yang betul
= Anda boleh mengamalkan
permakanan buah-buahan dan jus untuk mencernakan sistem perut anda dan secara
tidak langsung ia akan memberi khasiat buat tubuh anda. Buah- buahan kaya
dengan khasiat untuk menyahkan bakteria di dalam badan.
= Adakah anda mahu sihat
untuk jangka masa panjang? Jika ya, berhentilah merokok kerana risikonya
sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser
paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar. Kesannya juga hampir menjejaskan tahap
kesihatan setiap organ dan tisu badan.
= Tahukah anda apa
faedahnya, jika anda berhenti merokok ?. Pasti jika anda berhenti merokok anda
akan di hindarkan dari menghidapi penyakit yang berkaitan dengan perokok. Ini
adalah kerana satu dari dua perokok akan mati lebih awal di sebabkan penyakit
berkaitan tabiat ini. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap
tahun.
= Mengelakkan diri dari
bahan-bahan berbahaya kerana asap rokok mengandungi hampir 4,ooo bahan kimia
dan 50 daripadanya yang boleh menyebabkan kanser. Jika anda hendak maklumat
terperinci bahaya merokok anda boleh rujuk artikel dari kami sebelum ini.
Kami sentiasa memberi
kepada anda maklumat berkaitan dengan kesihatan di sini. Teruskan menyokong
kami dengan berkongsi artikel ini kepada rakan anda hari ini juga.
No comments:
Post a Comment