MOTIVASI MENJADI USAHAWAN BERJAYA
Motivasi memainkan peranan
yang sangat penting dalam memberikan inspirasi dan semangat kepada mereka yang
ingin memceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Seseorang usahawan yang berjaya
mempunyai semangat yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa. Golongan ini
mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk mereka memberanikan diri mereka dalam
bidang keusahawanan yang mereka ceburi.
Kejayaan seorang usahawan
tidak datang dengan mudah, tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh demi
memperoleh kejayaan yang diinginkan. Oleh itu, motivasi dari pelbagai aspek
amatlah penting kepada seseorang usahawan dalam kehidupan mereka untuk menjadi
usahawan yang berjaya dengan baik.
Semua individu dalam dunia
tanpa mengira umur dan bangsa memerlukan motivasi diri yang mantap sebagai
pedoman dan sumber kekuatan kepada mereka untuk menjalani kehidupan ini dengan
baik dan sempurna. Seseorang yang hidup tanpa motivasi diri akan berasa
hidupnya tidak bermakna dan menjalani kehidupannya dengan tidak berdaya tanpa tujuan
dan matlamat hidup yang tetap.
Oleh itu, motivasi amatlah penting kepada
semua individu terutamanya kepada mereka yang ingin menjadi usahawan dalam
bidang perniagaan yang dikecapinya kerana motivasi bertindak sebagai pembakar
semangat untuk berjaya dengan cemerlangnya.
i.
Kekalkan motivasi diri.
Kebiasaanya, kita akan
merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Kita akan rasa motivasi
itu sangat penting untuk setiap individu. Tetapi lama-kelamaan motivasi diri
ini akan beransur hilang dalam diri seseorang individu jika kita tidak
mengekalkan motivasi diri yang sedia ada. Oleh itu, kita perlulah kekalkan
momentum dan usaha yang sedang berkobar-kobar itu,jika kita sedang
berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu,jangan berhenti sehingga 2
atau 3 hari kerana momentum kita akan berkurang. Motivasi diri kita juga akan bekurang
dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah
memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum kita terus kekal
dan tidak berkurangan.
Selain itu, seorang
usahawan itu perlu mempunyai motivasi diri sebagai pendorong dan membangkit
semangat yang sedia ada iaitu melalui kata-kata motivasi seperti yang selalu
kita dengari seperti “kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka”,dan”
kesulitan itu membuat kita lebih kuat” serta banyak lagi kata-kata motivasi
yang boleh diambil melalui ceramah atau seminar motivasi keusahawanan dan
sebagainya.
Sentiasa
Berfikir Ke Hadapan
Jika
kita lihat, dalam mana-mana ceramah motivasi atau seminar keusahawanan,
sentiasa berfikiran ke hadapan merupakan antara aspek yang sering ditekankan
oleh para penceramah. Tidak bermakna kita tidak boleh memandang ke belakang,
tetapi jadikanlah segala pengalaman lampau sebagai satu pengajaran dan semangat
untuk kita terus maju ke hadapan. Berbagai-bagai risiko yang ada dalam perniagaan. Untung dan
rugi juga sudah menjadi mainan bagi para perniaga.
Sebagai
langkah berjaga-jaga, setiap para usahawan ataupun para peniaga kecil mahupun
besar perlulah sentiasa berfikiran kehadapan. Seseorang usahawan itu perlu
untuk memikirkan tentang kesan-kesan yang mungkin akan timbul,risiko yang bakal
dihadapi, serta jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah yang
dijangka atau tidak dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk berangan-angan dalam
perniagaan. Para peniaga atau usahawan yang berfikiran kehadapan sememangnya
mempunyai banyak idea dan perancanga yang hebat. Inilah antara contoh
kreativiti dalam perniagaan.
Dengan berbekalkan idea-idea yang hebat ,mereka
begitu kreatif menjalankan perniagaan sekaligus sentiasa bersiap sedia bagi
menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Seperkara lagi, usahawan yang berfikiran ke hadapan tidak akan
menghadkan fikiran mereka untuk mencari satu sahaja jalan penyelesaian bagi
masalah yang dihadapi.mereka memikirkan lebih daripada satu jalan penyelesaian agar
mereka mempunyai banyak pilihan idea untuk menamatkan segala permasalahan yang
membelenggu perniagaan anda. Apabila mereka sudah mempunyai beberapa pilihan
penyelesaian, mereka akan memilih jalan yang terbaik yang mampu untuk mereka
lakukan.
iii.
Mencontohi
usahawan yang berjaya
Seseorang
usahawan kecil atau peniaga kecil yang baru berjinak-jinak dalam bidang
perniagaan perlu memotivasikan diri dengan mencontohi usahawan-usahawan yang
telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi. Di Malaysia, ramai
tokoh usahawan yang boleh diteladani iaitu antaranya Dato’ Haji Ramly Mokni,
beliau merupakan seorang usahawan yang
telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang keusahawanan. Jenama Ramly
Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapura juga.
Kejayaan
yang dikecapi sekarang bukanlah diperoleh dengan mudah,tetapi banyak cabaran
dan halangan yang dihadapi oleh beliau dalam usaha memajukan perniagaannya itu.
Antara faktor utama kejayaan ialah beliau mempunyai semangat keyakinan diri
yang tinggi. Keyakinan diri ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi dan
percaya bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupanya dengan baik serta segala
cabaran yang dihadapi dengan jayanya( Taidin Suhaimin).,Ramly Mokni terpaksa
mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha mengembangkan
perniagaanya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk
mengeluarkan daging burger.
Selain
itu, beliau juga mempunyai pemikiran yang berdaya kreatif dan berpandangan
jauh. Kreativiti ialah original,berkaitan produk yang bermanfaat atau prosedur
menghasikan idea baru,(Oldham dan Cumming). Beliau mendapat idea untuk
menghasilkan daging burger sendiri yang ditanggung halal untuk dimakan oleh
umat islam di Negara ini Seterusnya, beliau tidak pernah berputus asa dalam
memajukan perniagaanya walaupun beliau pernah diperlekehkan oleh masyarakat.
Sokongan
keluarga juga merupakan faktor beliau menjadi usahawan terkenal seperti
sekarang ini. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip
kejujuran. Bisnes tidak akan bertahan lama apabila tidak berlandaskan kejujuran
kerana kejujuran kunci keberhasilan suatu bisnes,(Prof.Dr.H.Yuhda Bhakti
A.,SH.,MH) Setiap manusia mempunyai
kelebihan yang tersendiri dan ianya bergantung kepada bagaimana seseorang itu
menonjolkan kelebihan yang ada pada dirinya.
Hasil kegigihan Ramly Mokni yang telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya walaupun berhadapan dengan
pelbagai dugaan, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan
Terbaik. Beliau layak menerima anugerah itu atas apa yang telah dilakukan
olehnya. Kejayaanya ini patut dicontohi oleh usahawan-usahawan lain untuk
berjaya dalam bidang yang dikecapi. Ramai lagi tokoh-tokoh usahawan yang boleh
dijadikan contoh kepada usahawan baru.
Selain
itu, kata-kata seorang usahawan yang telah berjaya dan boleh menjadi pedoman
serta menaikkan motivasi kita di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang
semakin mencabar. Dengan faktor kenaikan barang, minyak dan bermacam lagi
kenaikan yang kita rasai, namun kehidupan dengan kemewahan perlu dikecapi
dengan pelbagai strategik masing-masing.
Kita
perlu duduk dan bersembang dengan mereka yang sentiasa berfikiran positif dan
mencari peluang yang ada di dalam mengejar impian dan matlmat untuk berjaya. Oleh
itu, dapatlah disimpulkan bahawa mencontohi tokoh usahawan yang telah berjaya
akan meningkatkan semangat dan memotivasikan diri untuk mencuba sedaya upaya
demi memperoleh kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Selain
itu, kisah kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary boleh juga dijadikan motivasi
untuk menjadi usahawan yang berjaya. Beliau seorang usahawan yang berjaya
dengan cemerlangnya dalam bidang perniagaanya iaitu menjual lembu dan kerbau.
Disebabkan keadaaan keluarganya yang kurang berkemampuan. Beliau membantu
ibunya menanam sayau-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Beliau juga
menjual roti canai di pasar.
Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa
melakukan kerja-kerja itu. Beliau turut menggembala haiwan peliharaan bapanya
iaitu lembu dan kerbau. Tan Sri
Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah
belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau
seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman
secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Faktor
keadaan keluarga beliau yang susah juga menjadi penyumbang kepada kejayaan yang
dikecapinya pada hari ini kerana untuk membantu keadaan keluarganya supaya
menjadi lebih baik. Beliau patut dicontohi oleh usahawan lain dan sebagai
motivasi diri untuk terus berusaha tanpa berputus asa.
iv.
Motivasi
dan sokongan dari keluarga
Semua
individu memerlukan sokongan dan motivasi dari pihak keluarga dalam menjalani
kehidupan yang penuh liku-liku dan cabaran. Begitulah juga bagi seseorang
usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Motivasi dari
pihak ahli keluarga amatlah penting dalam memberikan semangat dan memupuk
keyakinan diri dalam diri seseorang usahawan.
Keluarga
memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan motivasi kepada ahli
keluarganya yang ingin menceburkan diri dalam bidang peniagaaan dan
keusahawanan. Keluarga yang tidak memberikan sokongan akan melemahkan dan
menjatuhkan semangat seseorang itu terutamanya apabila orang yang dekat dengan
dia langsung tidak memberikan sokongan atas minat yang ingin diceburi.
Dengan
ini, seseorang itu akan berasa rendah diri,tidak bersemangat dan terus berputus
asa tanpa berfikir panjang diatas keputusan yang dilakukan. Namun, bagi
keluarga yang memberikan sokongan dan motivasi kepada ahli keluarga mereka yang
ingin memceburkan diri dalam bidang keusahawanan akan memberikan semangat
kepada seseorang itu.
Secara
tidak langsung, seseorang ini merasa bersemangat untuk terus menceburkan diri
dalam keusahawanan dan sebagai motivasi diri untuk seseorang itu mengharungi
pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi dalam usaha mencapai kejayaan. Hal
ini kerana,keluarganya sebagai motivasi kepada seseorang itu kerana sentiasa
ada disaat bangun dan jatuh sesebuah perniagaan yang dijalankan.
Jelas
sekali menunjukkan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam memberikan
motivasi kepada seseorang usahawan dalam menempuh halangan dan cabaran dalam
menjalankan perniagaan.
v.
Menyedari
potensi diri
Dalam
usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun, kita perlu sedar bahawa
diri kita mempunyai potensi untuk mencapai matlamat yang diingini. Keyakinan
diri yang tinggi amatlah penting dalam diri seseorang individu itu untuk
mencapai apa yang dimatlamatkan terutamanya kepada seseorang usahawan. Usahawan
yang berjaya mempunyai semangat keyakinan diri yang tinggi dan besar tanpa
mengenal erti putus asa dalam mengharungi liku-liku halangan dan cabaran dalam
perniagaan yang dikecapi.
Selain
itu, seorang usahawan tidak seharusnya membandingkan diri dengan orang lain.
Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari orang lain yang telah berjaya.
Kejayaan seseorang tidak datang secara bergolek tetapi memerlukan pengorbanan
yang cukup besar sehinggalah seseorang itu berjaya dengan cemerlang dalam
bidang peniagaan itu.
Seterusnya,
seorang usahawan perlulah selalu mendengar motivasi dari orang yang telah berjaya
dan cuba untuk bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan
supportif. Oleh itu, usahawan perlulah melibatkan diri dalam aktiviti yang
betul-betul diminati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan
perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan kita akan merasakan diri kita
bernilai dan berharga. Menjadi diri anda sendiri.
Yakinlah
dengan potensi diri sendiri kerana hidup kita bukan ditentukan oleh orang lain.
Kita tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan
kita sendiri yang menentukan jalan hidup yang kita mahukan. Seorang usahawan
tidak perlu takut dengan kegagalan jika diri sendiri telah melakukan yang
terbaik, walau apa sahaja yang berlaku,kita tidak perlu berasa menyesal kerana
kita sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya
akan melonjakkan motivasi dan nilai diri kita sendiri.
vi.
Berfikiran
positif untuk meraih kejayaaan
Seorang
usahawan tidak takut pada kegagalan kerana dalam fikiran mereka sudah ditanam
perkataan 100% positif, iaitu mereka sentiasa berfikiran positif untuk mencapai
kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Takut kepada kegagalan ini lah memberi
motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif
dalam merancang strategi-strategi perniagaan baru. 100% keyakinan diri
sememangnya perlu ada untuk berjaya.
Sebenarnya,
tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang ada dalam minda
adalah apa yang kita jangkakan. Apa yang kita jangkakan pula adalah apa yang
bakal kita peroleh. Alat utama untuk mencipta imej baru dan merealisasikannya
ialah menerusi proses
Yang
dikenali sebagai membentuk semula. Ia membabitkan perubahan cara kita yang
selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta
menghindarinya daripada pengalaman negative dan kegagalan. Cara ini boleh
membawa kita maju dalam kehidupan dan bidang kerjaya yang dilaksanakan
terutamanya usahawan. Sesunggunya orang yang enggan mengubah minda adalah orang
yang degil.
Jika
kita ingin berjaya dalam perniagaan, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
utuk belajar daripada orang yang Berjaya sebeum kita. Tidak cukup semata-mata
kita belajar daripada kesilapan sendiri daja. Dengan cara ini, kejayaan kita akan
tercapai dengan lebih lanca dan mudah.
vii.
Pengurusan masa
Pengurusan masa sangatlah
penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun, setiap individu
atau usahawan terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak
perkara yang terabai dan sering berkata “ tidak ada masa”. Pengurusan masa itu
sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan.
Dengan ini pengurusan masa hendaklah diambil kira dalam kehidupan seharian.
Usahawan yang berjaya
merupakan mereka yang bijak dalam menguruskan masa dengan sistematik dan
sempurna. Mereka tidak membuang masa yang ada melainkan mengurus setiap masa
yang ada dengan sebaik mungkin dan melakukan sesuatu perkerjaaan itu dengan
baik dan sempurna. Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil
dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja
yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik.
Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di
awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan
kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila
dilakuka pada waktu petang akan menjadikan kita malas dan semua kerja yang
dilakukan menjadi tidak berkualiti. Jangan menbazir masa kerana masa tidak
boleh diundur.
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete